Pada 29/11/2008 taman tempat aku telah buat perkelahan di air papan mersing tapi tidak semua lah ikut ade lah dalam 9 kelurga aje yang pergi nak ajak satu taman mahu makan belanja yang bersar...kami semua bertolak dalam pukul 9.00 pagi perjalan kali semua berjalan dengan lancar dan menyeronokkan...walaupuan aku pada masa tu dalam keadaan tidak sihat maklum lah tengah mabuk2x tapi bile bab berjalan ini aku jadi sihat pulak hilang pulak mabuk2x aku tu hehehe.....jalan yang berbengkang-bengkok pun aku tak pening maklum aje lah semua org tahu kan jalan nak ke mersing tu mcm mana kan kalau org yang tak tahan jalan kat situ tentu dah muntah2x dan pening kepala punya lah...
Dalam perjalanan kami tu setiap satu kelurga dibekalkan dengan satu walkie talkie jadi tak bosan lah berjalan dari sini sampai ke mersing...jadi macam2x lah cerita dalam perjalan kami dgn keluarga yang lain monyet tepi jalan pun boleh di jadikan cerita jugak.....org2x kat taman aku tu semuanya kepala dia org gila2x maksud aku gile2x tu bukan org gile tapi dia org ade aje cerita yang dan di borak kan yang boleh buat org lain semua gelak....kalau masuk peraduan RAJA LAWAK kat astro tentuk boleh menang punya lah....perjalanan kami dari sini sampai ke mersing makan masa hampir 3jam maklum lah kan semua dah berkelurga jadi banyak lah tempat yang kita org berenti...tapi semua berenti nak melepaskan hajat(buang air kecil dan besar lah)
kami teruskan perjalanan kami apabile sampai di simpang ke mersing tibe2x kami dapat satu berita salah satu kelurga yang ikut kami tu rakan dia memberitahu yang kat pantai air papan baru aje ade org mati lemas...tapi kami terukan perjalanan kami jugak tak kan nak berpatah balik kan dah lah masa tu kami dah sampai pun di bandar mersing dan tempat tinggal pun kita org dah tempah jadi nak tak nak pergi jugak lah....
kami sampai di pantai air papan dalam pukul 12.30tgh memang masa kita org sampai tu ombak pantai memang cukup kuat sampai letak bendera merah maksudnya tak blh mandi lah tu...dan masa tu ramai polis,bomba dan unit keselamatan yang lain ade di sekitar pantai sebab kata nya org yg mati lemas tu belum di jumpai lagi....jadi kami semua ambik keputusan untuk makan tgh dulu maklum lah perut kami semua pun dah berbunyi2x semua nya sudah kelaparan anak2x pun semua dah bising nak makan...jadi kami semua hidang kan lah makanan yang di bawa bile dah kumpul2x mcm ini seronok pulak.....aku bawak ayam masak merah,sayur campur,ikan masin dan air lah takut tercekik pulak....maklum lah bawak lauk pun yang kering2x karang bawak yang berkuah takut basi pulak kan....
ini lah suasan ketika kami semua sedang makan semua muka dah lapar kan termasuk lah aku ini.....Setelah semua perut sudah di isi jadi semua keluarga buat lah aktiviti masing2x ade yang duduk tepi pantai lah ade yang masuk bilik lah....aku ape lagi masuk bilik lah berehat buat tahi mata maklum lah dah kenyang kan hehehe....tibe2x dalam kul 2.30 sedang aku nak sebahyang zuhor semua org kat pantai kecoh2x rupe2x nya org yang mati lemas tu telah di jumpai.....maaf lah ye aku tak dapat nak letak gambar org mati lemas tu kat blog aku ini sbb aku dah buang gamabr tu aku takut lah nak tengok keadaan mayat tu sungguh kesian dengan keadaan badan yang dah bergelembong...Ok lah pada waktu malam pulak kami semua hanya buat bbq aje dan kul 11.30 semuanya dan mengantuk jadi ape lagi balik lah masuk bilik untuk tido...
yang tangan kat pinggang tu suami aku mcm mandor pulak kan tengok perkerja buat kerja membakar ayam
ini semua mcm tengah tunggu penyu mendarat aje kan
Ok lah keesokan hari kami semua berkemas2x untuk pulang....ini lah diantara gambar yang sempat di ambil semasa saya dan keluarga berade di mersing....kenangan di sana memang tak dapat saya lupe kan...maklum lah selama saya pergi berkelah tak pernah tengok org mati lemas..